SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Suatu ketika tatkala Rasulullah
s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal
yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang
menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya
ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah
s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika
itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi
Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol
dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya
menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku
kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya
Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.